PENYANYI IGGY AZALEA MAKIN MENGGUGAT ( 5 GAMBAR )









Penyanyi rap wanita Nicki Minaj mungkin pernah menempa nama dan populariti tidak lama dulu dengan kehebatan nyanyian hip-hop yang luar biasa. Hakikatnya, dia menjadi antara generasi penyanyi rap baru yang tampil dengan penangan tersendiri baik dari segi fesyen mahupun keberkesanan lirik karyanya. Bagaimanapun, kemunculan penyanyi hip-hop Iggy Azalea atau nama penuhnya Amethyst Amelia Kelly, 24, nyata mengenepikan Nicki lantaran gadis kelahiran Mullumbimby, New South Wales, Sydney, Australia itu pula menyinar kala ini. Bahkan, tahun ini saja beberapa lagunya berjaya meledakkan lagi namanya kerana bukan calang-calang nama penyanyi yang berkolaborasi dengannya. Ibaratnya, laluan menembusi gawang muzik Amerika Syarikat (AS) begitu mudah buatnya kerana serta-merta dia mendaki carta-carta hebat walaupun masih baru. Apapun, mungkin tidak ramai tahu yang sebenarnya remaja itu turut berdepan masa sukar apabila keputusannya ke AS adalah keputusan paling berisiko dalam hidup. Demi mahu mencapai impiannya, dia sanggup memberanikan diri meninggalkan kampung halaman bahkan kehidupannya di negara itu siap berpindah-randah. Namun apa yang pasti, tindakannya itu nyata berbaloi kerana saat ini dia adalah penyanyi rap paling digeruni sehinggakan 'rapper' senior seperti Snoop Dogg dan Eminem turut tergugat. Begitulah kuasa bakat yang ada dalam dirinya sehinggakan kehadirannya juga bukan seindah mana apabila turut terpalit kontroversi panas. Dapatkan akhbar Harian Metro untuk berita selanjutnya. 


SUMBER

0 Komentar untuk "PENYANYI IGGY AZALEA MAKIN MENGGUGAT ( 5 GAMBAR )"

 
Copyright © 2014 MessageBoom - All Rights Reserved
Template By Catatan Info