PAIP BOCOR , HUJAN PUNCA JALAN RUNTUH ( 2 GAMBAR )



Slim River: Kebocoran paip air dan hujan lebat dipercayai menjadi punca sebahagian Jalan Kuala Slim di Batu 4 di sini runtuh dan terpaksa ditutup kepada lalu-lintas sejak malam kelmarin.
Tebing setinggi lebih 40 meter di laluan itu runtuh kira-kira jam 8 malam sekali gus menyebabkan laluan dari Jalan Ipoh-Kuala Lumpur ke FELDA Besout, terputus.
Kejadian menyebabkan ribuan penduduk berdepan kesukaran kerana terpaksa menggunakan laluan alternatif iaitu jalan ladang bertanah merah dan berbukit untuk berulang-alik ke pekan Slim.
Paling teruk terjejas adalah kira-kira 1,000 penduduk Kampung Kuala Slim dan mereka yang tinggal di kawasan sempadan Perak-Selangor dekat sini. Penduduk sekitar FELDA Besout turut menggunakan laluan itu.


0 Komentar untuk "PAIP BOCOR , HUJAN PUNCA JALAN RUNTUH ( 2 GAMBAR )"

 
Copyright © 2014 MessageBoom - All Rights Reserved
Template By Catatan Info